TERIMA KASIH ANDA

Friday 27 April 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG



 Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya  dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

ULASAN GURU BESAR

Thursday 12 April 2012

TIPS MOTIVASI PAGI









Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Kita hanya nak sampai di sana, bekerja lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

VIDEO TSUNAMI

Thursday 5 April 2012

Si Optimis: 16 Panduan Ringkas Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda



Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.

Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.

1. Bangun Awal!Bangun awal dan berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.

2. Esok Adalah Hari BaruApabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah.

3. KawalSatu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.

4. Rakan-rakanAnda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif.

5. Pemakanan yang sihatAnda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”

6. TidurTidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.

7. Hobi Sebagai PenyelamatAdalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang aktik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.

8. Layan Orang Lain Dengan BaikMemang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.

9. Gambaran Yang Lebih BesarApabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.

10. Cuba Sesuatu Yang BaruJika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.

11. Bukti
Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.


12. BerhentiJika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.

13. Anda Memerlukan Hari Yang BurukTidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.

14. TuliskanInginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.

15. BantuanSokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.

16. Jadi Si OptimisMenjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.

Gunakan panduan di atas, dan anda akan dapati diri anda berubah menjadi seorang optimis sebenar!

Tuesday 3 April 2012

Bagaimana Membina Diri Anda




Selagi anda hidup, anda berupaya untuk berubah dan memajukan diri. Anda boleh buat apa yang anda mahu, jadi sesiapa saja yang anda mahu jadi. Berikut adalah beberapa fikiran positif bagaimana hendak terus membina diri anda dan mengamalkannya di dalam hidup.


  • Terima hakikat bahawa anda bertanggungjawab untuk memajukan diri anda sendiri; tiada siapa yang boleh melakukannya untuk anda. Apa yang anda lakukan hari ini akan menentukan tahap kesediaan anda untuk menempuh hari esok.
  • Luangkan sedikit masa setiap hari untuk diri anda.
  • Ambil kelas-kelas tertentu untuk terus bergerak sejajar dengan situasi semasa. Dunia sedang mengalami perubahan pesat dan anda hendaklah belajar untuk menangani perubahan ini untuk mengelakkan dari ketinggalan. Seperti kata Will Rogers, “Walaupun anda berada di jalan yang tepat, jika anda hanya duduk diam sahaja, anda akan dilanggar.”
  • Dengar kaset mengenai topik berkaitan perkembangan diri dan profesional.
  • Jangan kesali apa yang telah terjadi pada masa lalu. Anda hanya boleh mengawal tindakan anda pada masa sekarang, jadi lakukanlah sesuatu.
  • Belajar dari pengalaman orang lain; tidak perlulah anda mencuba segala-galanya sendiri. Ini menjimatkan masa yang anda perlukan untuk belajar.
  • Menangani masalah membantu anda belajar erti kesabaran dan menambah kemahiran anda dalam bidang pengurusan; ia adalah bentuk latihan mental yang baik.
  • Analisa kesilapan anda tanpa menghakimi diri sendiri. Ini membantu anda mengelakkan kesilapan yang sama pada masa akan datang.
  • Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda dapati anda membuat sesuatu pekerjaan yang paling penting.
  • Jangan berkata sesuatu yang tidak boleh atau tidak akan anda lakukan. Sentiasa cari jalan untuk melakukannya.
  • Selepas mengikuti sesuatu seminar, beri laporan kepada ketua anda atau orang lain di organisasi anda, mengenai perkara terpenting yang anda belajar dari program tersebut.
  • Bagi kesemua pengalaman pembelajaran, samada membaca, memerhati, berfikir atau menghadiri, amalkan formula R kuasa dua, A kuasa dua, iaitu Recognize (menyedari), Relate (hubungkait), Assimilate (asimilasi), dan Apply (guna). Tindakan ini akan membantu anda membina diri untuk mencapai matlamat anda.
  • Hapuskan satu perkara yang membuang masa anda, satu perkara seminggu.
  • Baca buku sekurang-kurangnya satu bab setiap hari.
  • Baca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan.
  • Kejarlah apa sahaja peluang yang ditawarkan dalam kehidupan ini.
  • Fikirkan apa yang benar-benar anda mahu lakukan, dan lakukanlah.
  • Jika anda mempunyai pilihan samada membaca buku atau mendengar kaset mengenai sesuatu program, pilihlah untuk mendengar kaset. Ini kerana penerangannya lebih tepat dan jelas dan ia boleh dilakukan semasa anda memandu, berjalan, atau semasa membuat perkara-perkara lain.
  • Tubuhkan satu kumpulan yang terdiri dari empat atau lima orang dan jadikannya sebagai kumpulan perancang, di mana anda boleh berbincang dengan cara terbuka dan tidak menghakimi diri.
  • Kembangkan talian kerjasama anda. Ambil tahu siapa membuat apa, bila, dan untuk siapa. Anda mungkin berjumpa dengan mereka yang boleh membantu mencapai keperluan masa depan anda ataupun keperluan orang lain yang anda jumpai.
  • Capai keseimbangan dalam hidup anda dari segi keluarga, kewangan, profesional, sosial, spiritual dan istirahat.
  • Sentiasa fikirkan tentang matlamat anda apabila anda memulakan sesuatu aktiviti baru.
  • Jika anda menggunakan mesin kira dalam kerja anda, gunakannya dengan tangan yang tidak digunakan untuk menulis.
  • Jangan takut pada kegagalan. Anda boleh belajar dan mengubah diri melalui sesuatu kegagalan.
  • Projek yang paling sukar adalah peluang bagi anda mencapai kejayaan yang paling besar, seperti juga orang yang paling sukar didekati adalah sekutu anda yang paling kuat.
  • Gantungkan gambar yang menggambarkan mimpi dan matlamat anda di tempat yang mudah kelihatan. Ia akan mengingatkan anda dan membantu anda menumpukan perhatian dan berfikir mengenai matlamat anda.
  • Setiap orang mempunyai 24 jam sehari. Belajar dari orang yang dapat melakukan lebih daripada apa yang anda lakukan dalam sehari. Mungkin anda boleh mencari jalan untuk memperbaiki apa yang anda lakukan.
  • Cari seorang penasihat yang saksama yang boleh memberikan maklumbalas, cadangan, cabaran dan sokongan.
  • Kenalpasti beberapa orang “model” dan perhatikan gaya dan tindakan mereka. Jangan meniru, tetapi belajarlah daripada pengalaman mereka.
  • Belajar dari kesilapan dan juga kejayaan orang lain.
  • Penuhi fikiran anda dengan idea-idea dan fikiran-fikiran positif dan inspirasi dan anda akan dapati bahawa tidak ada ruang bagi fikiran negatif.
  • Bertukar-tukar tugas dengan orang lain supaya anda dapat pengalaman tambahan.
  • Minta dan terima pertukaran berbentuk lateral dalam organisasi anda supaya anda dapat belajar lebih lagi mengenai keseluruhan operasi.
  • Buat lebih daripada apa yang anda fikir anda boleh.
  • Yakinlah bahawa anda boleh melalui dan belajar daripada pengalaman anda.
  • Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda telah mencapai sesuatu objektif pembelajaran.
  • Simpan buku nota harian di mana anda menulis fikiran, idea, perasaan dan perkembangan diri anda.
  • Tanya soalan, dengar, dan tanya lagi soalan. Anda akan belajar serta membantu orang lain belajar.
  • Tanya diri anda, “Bagaimana saya boleh mempergunakan takdir saya?”
  • Buat sesuatu perkara dengan seseorang yang anda hormati. Mereka akan memberi sokongan kepada anda dan anda dapat belajar melalui interaksi anda dengan mereka.
  • Dapatkan maklumat baru mengenai projek di bawah tanggungjawab anda dan sentiasa cari idea baru mengenainya.
  • Beri cabaran kepada diri anda untuk belajar sesuatu yang baru setiap hari.
  • Jadi fleksibel dan sentiasa boleh menyesuaikan diri.
  • Buka fikiran kepada orang lain dan beri perhatian kepada apa yang mereka fikirkan. Anda boleh belajar dari setiap orang yang anda jumpa.
  • Berlatih kemahiran baru dengan minda anda. Minda anda tidak dapat membezakan antara realiti dan latihan.
  • Simpan rekod mengenai apa yang telah anda capai dalam masa beberapa hari atau minggu sebelumnya. Jika anda tidak dapat mencapai seberapa yang anda mahu, ia memberikan anda insentif tambahan untuk melakukannya dengan lebih baik pada masa akan datang.
  • Tuliskan soalan yang anda mahukan jawapan. Kemudian, apabila ada dapat jawapannya, tuliskannya di bawah soalan tersebut.
  • Cuba selesaikan masalah atau buang tabiat buruk anda seperti makan berlebihan, merokok, mengumpat dan sebagainya.
  • Simpan satu “Fail Idea” di mana anda merekodkan semua idea baru anda. Sekurang-kurangnya sekali seminggu, kaji semula idea tersebut.
          Sumber: http://puspanita.motour.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...