TERIMA KASIH ANDA

Thursday, 5 April 2012

Si Optimis: 16 Panduan Ringkas Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda



Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.

Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.

1. Bangun Awal!Bangun awal dan berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.

2. Esok Adalah Hari BaruApabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah.

3. KawalSatu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.

4. Rakan-rakanAnda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif.

5. Pemakanan yang sihatAnda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”

6. TidurTidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.

7. Hobi Sebagai PenyelamatAdalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang aktik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.

8. Layan Orang Lain Dengan BaikMemang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.

9. Gambaran Yang Lebih BesarApabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.

10. Cuba Sesuatu Yang BaruJika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.

11. Bukti
Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.


12. BerhentiJika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.

13. Anda Memerlukan Hari Yang BurukTidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.

14. TuliskanInginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.

15. BantuanSokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.

16. Jadi Si OptimisMenjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.

Gunakan panduan di atas, dan anda akan dapati diri anda berubah menjadi seorang optimis sebenar!

1 comment:

  1. salam cikgu..
    Terima kasih sudi singgah di blog saya..
    semoga cikgu juga berjaya dalam pembangunan blog ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...