TERIMA KASIH ANDA

Tuesday 3 April 2012

Bagaimana Membina Diri Anda




Selagi anda hidup, anda berupaya untuk berubah dan memajukan diri. Anda boleh buat apa yang anda mahu, jadi sesiapa saja yang anda mahu jadi. Berikut adalah beberapa fikiran positif bagaimana hendak terus membina diri anda dan mengamalkannya di dalam hidup.


  • Terima hakikat bahawa anda bertanggungjawab untuk memajukan diri anda sendiri; tiada siapa yang boleh melakukannya untuk anda. Apa yang anda lakukan hari ini akan menentukan tahap kesediaan anda untuk menempuh hari esok.
  • Luangkan sedikit masa setiap hari untuk diri anda.
  • Ambil kelas-kelas tertentu untuk terus bergerak sejajar dengan situasi semasa. Dunia sedang mengalami perubahan pesat dan anda hendaklah belajar untuk menangani perubahan ini untuk mengelakkan dari ketinggalan. Seperti kata Will Rogers, “Walaupun anda berada di jalan yang tepat, jika anda hanya duduk diam sahaja, anda akan dilanggar.”
  • Dengar kaset mengenai topik berkaitan perkembangan diri dan profesional.
  • Jangan kesali apa yang telah terjadi pada masa lalu. Anda hanya boleh mengawal tindakan anda pada masa sekarang, jadi lakukanlah sesuatu.
  • Belajar dari pengalaman orang lain; tidak perlulah anda mencuba segala-galanya sendiri. Ini menjimatkan masa yang anda perlukan untuk belajar.
  • Menangani masalah membantu anda belajar erti kesabaran dan menambah kemahiran anda dalam bidang pengurusan; ia adalah bentuk latihan mental yang baik.
  • Analisa kesilapan anda tanpa menghakimi diri sendiri. Ini membantu anda mengelakkan kesilapan yang sama pada masa akan datang.
  • Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda dapati anda membuat sesuatu pekerjaan yang paling penting.
  • Jangan berkata sesuatu yang tidak boleh atau tidak akan anda lakukan. Sentiasa cari jalan untuk melakukannya.
  • Selepas mengikuti sesuatu seminar, beri laporan kepada ketua anda atau orang lain di organisasi anda, mengenai perkara terpenting yang anda belajar dari program tersebut.
  • Bagi kesemua pengalaman pembelajaran, samada membaca, memerhati, berfikir atau menghadiri, amalkan formula R kuasa dua, A kuasa dua, iaitu Recognize (menyedari), Relate (hubungkait), Assimilate (asimilasi), dan Apply (guna). Tindakan ini akan membantu anda membina diri untuk mencapai matlamat anda.
  • Hapuskan satu perkara yang membuang masa anda, satu perkara seminggu.
  • Baca buku sekurang-kurangnya satu bab setiap hari.
  • Baca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan.
  • Kejarlah apa sahaja peluang yang ditawarkan dalam kehidupan ini.
  • Fikirkan apa yang benar-benar anda mahu lakukan, dan lakukanlah.
  • Jika anda mempunyai pilihan samada membaca buku atau mendengar kaset mengenai sesuatu program, pilihlah untuk mendengar kaset. Ini kerana penerangannya lebih tepat dan jelas dan ia boleh dilakukan semasa anda memandu, berjalan, atau semasa membuat perkara-perkara lain.
  • Tubuhkan satu kumpulan yang terdiri dari empat atau lima orang dan jadikannya sebagai kumpulan perancang, di mana anda boleh berbincang dengan cara terbuka dan tidak menghakimi diri.
  • Kembangkan talian kerjasama anda. Ambil tahu siapa membuat apa, bila, dan untuk siapa. Anda mungkin berjumpa dengan mereka yang boleh membantu mencapai keperluan masa depan anda ataupun keperluan orang lain yang anda jumpai.
  • Capai keseimbangan dalam hidup anda dari segi keluarga, kewangan, profesional, sosial, spiritual dan istirahat.
  • Sentiasa fikirkan tentang matlamat anda apabila anda memulakan sesuatu aktiviti baru.
  • Jika anda menggunakan mesin kira dalam kerja anda, gunakannya dengan tangan yang tidak digunakan untuk menulis.
  • Jangan takut pada kegagalan. Anda boleh belajar dan mengubah diri melalui sesuatu kegagalan.
  • Projek yang paling sukar adalah peluang bagi anda mencapai kejayaan yang paling besar, seperti juga orang yang paling sukar didekati adalah sekutu anda yang paling kuat.
  • Gantungkan gambar yang menggambarkan mimpi dan matlamat anda di tempat yang mudah kelihatan. Ia akan mengingatkan anda dan membantu anda menumpukan perhatian dan berfikir mengenai matlamat anda.
  • Setiap orang mempunyai 24 jam sehari. Belajar dari orang yang dapat melakukan lebih daripada apa yang anda lakukan dalam sehari. Mungkin anda boleh mencari jalan untuk memperbaiki apa yang anda lakukan.
  • Cari seorang penasihat yang saksama yang boleh memberikan maklumbalas, cadangan, cabaran dan sokongan.
  • Kenalpasti beberapa orang “model” dan perhatikan gaya dan tindakan mereka. Jangan meniru, tetapi belajarlah daripada pengalaman mereka.
  • Belajar dari kesilapan dan juga kejayaan orang lain.
  • Penuhi fikiran anda dengan idea-idea dan fikiran-fikiran positif dan inspirasi dan anda akan dapati bahawa tidak ada ruang bagi fikiran negatif.
  • Bertukar-tukar tugas dengan orang lain supaya anda dapat pengalaman tambahan.
  • Minta dan terima pertukaran berbentuk lateral dalam organisasi anda supaya anda dapat belajar lebih lagi mengenai keseluruhan operasi.
  • Buat lebih daripada apa yang anda fikir anda boleh.
  • Yakinlah bahawa anda boleh melalui dan belajar daripada pengalaman anda.
  • Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda telah mencapai sesuatu objektif pembelajaran.
  • Simpan buku nota harian di mana anda menulis fikiran, idea, perasaan dan perkembangan diri anda.
  • Tanya soalan, dengar, dan tanya lagi soalan. Anda akan belajar serta membantu orang lain belajar.
  • Tanya diri anda, “Bagaimana saya boleh mempergunakan takdir saya?”
  • Buat sesuatu perkara dengan seseorang yang anda hormati. Mereka akan memberi sokongan kepada anda dan anda dapat belajar melalui interaksi anda dengan mereka.
  • Dapatkan maklumat baru mengenai projek di bawah tanggungjawab anda dan sentiasa cari idea baru mengenainya.
  • Beri cabaran kepada diri anda untuk belajar sesuatu yang baru setiap hari.
  • Jadi fleksibel dan sentiasa boleh menyesuaikan diri.
  • Buka fikiran kepada orang lain dan beri perhatian kepada apa yang mereka fikirkan. Anda boleh belajar dari setiap orang yang anda jumpa.
  • Berlatih kemahiran baru dengan minda anda. Minda anda tidak dapat membezakan antara realiti dan latihan.
  • Simpan rekod mengenai apa yang telah anda capai dalam masa beberapa hari atau minggu sebelumnya. Jika anda tidak dapat mencapai seberapa yang anda mahu, ia memberikan anda insentif tambahan untuk melakukannya dengan lebih baik pada masa akan datang.
  • Tuliskan soalan yang anda mahukan jawapan. Kemudian, apabila ada dapat jawapannya, tuliskannya di bawah soalan tersebut.
  • Cuba selesaikan masalah atau buang tabiat buruk anda seperti makan berlebihan, merokok, mengumpat dan sebagainya.
  • Simpan satu “Fail Idea” di mana anda merekodkan semua idea baru anda. Sekurang-kurangnya sekali seminggu, kaji semula idea tersebut.
          Sumber: http://puspanita.motour.gov.my/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...